Drama Festival Kuala Lumpur Anugerah_Drama_Festival_Kuala_Lumpur_2014

Program seminar dan kursus anjuran Media Prima diadakan selama dua hari di Hotel Berjaya Times Square bermula pada 20 hingga 21 Februari 2014. Ia dianjurkan bagi meningkatkan lagi mutu penerbitan drama bersiri dan telefilem Melayu di kaca televisyen tempatan. Program ini berjaya menarik ratusan peserta yang terdiri daripada penulis, pengarah, dan pelakon baharu yang berminat menerokai industri penerbitan drama di Malaysia.

Jelajah Pra-DFKL

Antara pengisan festival ini adalah dengan dimulakan oleh sesi jelajah kampus yang disertai oleh pelakon terkenal Rosyam Nor bersama penggiat industri Ahmad Idham dan Azma Aizal Yusof. Jelajah yang sama juga memberi penerangan lanjut kepada pelajar universiti mengenai peluang kerjaya di bidang perfileman dan televisyen selain membuka peluang kepada mereka menyertai pertandingan filem pendek yang turut dimuatkan dalam Anugerah DFKL 2014[2].

Berikut adalah lokasi jelajah DFKL 2014;-

  • 2 Disember 2013 : Universiti Teknologi Mara Shah Alam and Universiti Selangor
  • 4 Disember 2013: Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan and Universiti Putra Malaysia
  • 6 Disember 2013: Kolej Universiti Shahputra and Kolej Antarabangsa
  • 10 Disember 2013: UiTM Lendu, Malacca and Universiti Multimedia Melaka
  • 12 Disember 2013: Universiti Tun Hussein Onn, Johor, and Universiti Teknologi Malaysia Johor
  • 16 Disember 2013: Universiti Sains Malaysia, Penang.

Seminar Pengarahan, Senilakon dan Penulisan DFKL

DFKL 2014 mendapat sokongan yang amat padu daripada para karyawan yang teruja untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka sepanjang mereka bergiat dalam industri hiburan dalam sesi bengkel selama dua hari yang dijadualkan berlangsung pada 20 dan 21 Februari 2014 di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur[3]. Antara selebriti dan karyawan yang terlibat dalam sesi bengkel pada tahun ini adalah:

Penjurian

Undian secara dalam talian telah dibuka pada 1 Januari 2014 bagi setiap penyertaan dan lima buah drama pendek yang menerima undian tertinggi mara ke peringkat seterusnya yang akan diadili oleh juri profesional. Pemenang diumumkan pada kemuncak Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur pada 22 Februari 2014[4].